Thursday, November 25, 2010

power rangers hijau

Aku x ske nk lawan bahasa sebab aku xnk tnjuk bahasa aku lgi. Ape2 pn 2 hak dy. kalau la kne belit mcm ni pn aku boleh lawan lg rasanya kcuali pisau kt leher. tggu masa je nk siat2 belulang aku.
aku memeng xske cakap satu benda lebih dari sekali. kalau ckap lagi memang nada lain la. nk marah 2 tak la tapi paham2 la kalau suara tinggi dari biasa. syok o kencing dalam semak. siram pokok. lagi elok dari kencing dalam pasu bunga.
aku xreti berbahsa lembut2 kalau aku bukan mood macam 2, lantak la hal dy. memang aku salah. bila la nk puas agaknya.
baik aku jadi asuma kalau macam ni. stress pn ad jgak budak2 nk layan. paling la jugak shikamaru nk lawan catur. baju pn molek2 je hijau.
mulut pn berasap.
paling kurang elok dari cakap benda merapu rapi ni. memang la susah nk kenal pmpuan ni sebenarnya. Elok jangan rapat. bhaya je datang. kadang-kadang susah jugak dapat.
aku kene sedar la jugak, aku berubah jadi macam-macam pn ada sebab ngn pmpuan.
sebab aku nk dekat, sebab aku nk lari. kalau aku sayang mesti aku xdapat setakat ni, akalau aku nk kawan, yang2 jadi laen. kadang ada jugak yang salah anggap. ingat seng ke nk triam orng kalau awl2 hati xnk. kalau senang la. dh lama aku xde frust. ish ish ish





kalau la aku la yang boleh buat pilihan

Wednesday, November 24, 2010

geng2 teknik sllu lepak dorm i1

setelah mengadakan perbincangan di kedai kopi. aku ngn siti nor shafiqah telah memilih nama "la sontade' sebagai nama group kita kt fb. aku ad juga buat group serba hijau. nk join boleh je. yuran pendaftaran hanya rm4000000. untuk maklumat lanjut sila layari bahtera fire dragon.

untuk menukar nama, pandai2 la..
contoh. kamal menjadi kamal la sontade

bodo

bodo bodoh


ape aku dh buat ni? memang aku dh jadi hipokrit betul2 ke?
kepada sesiapa yang doakan aku jadi hipokrit, trma kasih menggunung aku beri. nk hadiah datang je rumah sebab penyepak dan penerajang aku sentiasa menunggu. nk lebih baik aku boleh bagi lompat gunting. xde masalah la cuma sakit tulang belakang je kot.
aku nk mintak maaf la kt kamu yang selama ni aku buat silap. bila kamu xde, aku jadi sunyi pulak. roda tetap berpusing dan aku kt bwah dh kot ni. mau je terjun dari roda 2. nk terjun karang langgar amanat jadinye.
bila kamu ad, kamu selalu buat aku hilang sunyi. kamau sanggup buat ape je. kamu pn selalu buat aku senyum.
ni boleh kire nasib ke?
macam bukan nasib je. memang patut kte x bersama sebab kamu perlu orang yang boleh membahagiakan kamu. kamu pn perlu orang yang prihatin. selama kamu bersama aku pn kamu je banyak berkorban. sampai kau pn jadi malu. walau ape pn keputusan yang aku ambik, seboleh-bolehnya aku xnak undur langkah sebab kalau nk ikut permainan chess pn setiap langkah penentu kemenangan. guna langkah sama pn boleh bawa kelebihan pada pihak lawan. setiap orang bermakna termasuk pawn. kalau kau jadi rook pn aku kne lindungi pawn sebab pawn pn boleh tawan raja.
seriusly, aku agak menyesal ngan langkah bishop aku buat 2. mungkin jodoh sampai kt situ je untuk kita sama2 bergelak mengilai mengumpat. sekarang aku xnk buat pusingan 180^. agak mustahil kamu boleh maafkan kamu, nanti aku kan buat pengakuan terbuka. aku xlarat tanggung. aku bukan buat macam artis 2, 2 poyo je. aku ad cara kau sendiri. kamu jangan susah2 nk bela aku lgi. hati kamu baik cuma keadaan ynag buat kamu jadi macam ni. aku dh jangkakan semua ni cuma aku xsangka sampai sggup putus kawan. aku cuma terlupa prinsip yang aku juangkan untuk seketika. selepas ni aku kne tambah prinsip lagi untuk menjadi____--_.
ape yang kamu nk kata adalah hak kamu. aku xmampu buat ape2 lg. cuma kemaafan yang aku pinta. semakin kita macam ni ,aku langsung x aman. ad je yang x kena. aku akan cuba hubungi kamu lagi. kalau mampu




(pesanan dari alam mimpi)
just 4 u..friend

Wednesday, November 17, 2010

santigo

el sbeb la uatna sei ham boilan mutio zethe
kalau aku buat pilihan, aku terpaksa kejam
kalau aku ikut pilihan popular, semua bhya
kalau memg merujuk kepada kemungkinan
bila takut kemungkinan kenapa meluncur di air
setiap kemungkinan ada, cuma usaha jadi penentu
bila aku dh jujur, ad sebelah pihak yang tidak suka
bila aku cuba yakinkan diri aku dh sedia, hati jadi lain
adakah aku masihbelum bersedia?
adakahkeputusan aku tergesa-gesa?
aku kalut sangat ke?
aku tak nampak setakat ni dia gembira
yang aku nmpak kurng selesa
adakah ini fikiran negatif je?
aku nk tanye sape????????????

Saturday, November 13, 2010

Tuesday, November 9, 2010

Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan - Gio

manusia

Aku xpham lagi sebenarnya. orang yang aku percaya rupanya dh berbulan maki hamun aku kt belakang. patut la dh lme rasa lain. nk suruh aku mampus xde hal. ingat la sme orang akan mampus jgk. salah aku jangan maki seranan kawan2 aku. serius dan dua rius aku xske.
kalau ko nk sangat ckap awl2. Aku xske marah2 so aku xnk marah. nk marah hala je kt aku ok..'
kawan2 jangan main. mungkin betul la kwan aku buatkan pilihan untuk aku macm ni,
kalau aku xikut cakap kawan mungkin depan2 aku kne lagi teruk agaknya..

Thursday, November 4, 2010

KANGEN BAND-kembali pulang (clip asli)

iklan sabun jenama x.

biaralh apa orang nk ckap kt dia ni..
ckap jela. mne taw boleh masuk akal. selam ni dia memang keliru. sekarang pn mungkin tetap keliru.
ad yang cakap dia ni x ckup kasih sayang, mungkin betul. sebab tu la nk mengata biar depan2..boleh kongsi info..hehehe'
dia pn mcm orang lain..nk jgk hidup macam orang lain..
pimpinlah dia ke arah yang betul. sekiranya cinta kt dia, cintalah seadanya kerana dia amat penting bagi aku.
dia adalah aku, aku adalah dia.

Wednesday, October 27, 2010

makna hidup. ungkapan biasa tetapi menyimpan maksud yang luar biasa. apa gunanya sekiranya mempunyai kesenangan dan diselaputi emas ke seluruh badan kalau hidupnya tidak membawa erti kepada diri serta seluruh manusia di sekeliling. Aku bukan lahir dari keluarga yang kaya dari segi harta tapi kaya dengan adik beradik. Fakta ini menjadi inspirasi untuk menjadikan aku permata di muara bukan pasir di pantai. Hidup tidak selalunya indah seperti digambarkan, ungkapan hidup umpama roda merupakan hakikat yang perlu ditempuhi. Makna hidup sebenar perlu aku selami untuk membuktikan aku hidup bukan sebagai watak sampingan dalam pentas kehidupan yang diharungi. Bantulah aku mencari makna hidup yang sebenar.
langkah pertama aku akan cermin diri. Dalam kehidupan harian sering terdapat pujian. pujian yang ada biasanya menjatuhkan diri seseorang secara tidak sedar dan juga terdapat yang menaik moral. Lidah sebenarnya tajam dari pedang. Lidah lembut secara zahirnya tetaoi keres sekerasnya dari besi padu buatan sepatu. Aku lebih berminat mencari makna hidup jika berada di zon tidak selesa. Pensyarah aku sering ingatkan, setiap kesusahan pasti ad kesenangan. ternyata kesusahan saya selama ini memberi banyak pengalaman. Dari dulu aku memang sentiasa mementingkan diri. Setiap ape yg aku lakukan mesti untung keuntungan sendiri.
segalanya bermula dari dorongan rakan yang iklas untuk membantu. Jasamu tidak aku lupa. setiap nasihat dan pandangan telah aku guna untuk melalui sisa kehidupan yg begitu singkat ini. ditambah pula sokongan Lia, aku semakin lega. kehadiran yang tidak dijangka. Kehadirannya ibarat suatu keajaiban telah berlaku. Semoga aku sentiasa ada dalam doanya. Keinginan untuk bersama memang ada. Aku hanya manusia biasa yang lemah. perlu banyak masa untuk mengenali diri sendiri sebelum orang lain. langkah mencermin diri masih belum selesai. Aku akan habiskan secara berperingkat, aku perlu sokongan semua orang, namun siapakah aku untuk meminta-minta. sokongan iklas menjadi azimat sakti membentuk acuan kegemilangan.

Musuh sebenar aku masih ada dalam cermin. orang dalam cermin itulah yang menghalang aku untuk melakukan kebaikan, dia juga sering memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk melaksanakan agenda jahat. Bila aku cuba bangkit, dengan lemah dia memegang tanganku, meminta belas kasihanku. Bilakah dia akan bersatu bersamaku...........

Wednesday, October 20, 2010

hjfsl;kugyeirlyuir

bangun kamal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

.............

bangun la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

..................
Ape yang ko ad sampai lupa dunia????????????????


....................

ckap hebat kne sikit tersadai!!!!!!!!!!!!!!

........................

benda lepas jangan dikenang bro>>rilex saja..

mmmmmmmmmmmmmmmm


yg ni memg salah ko. ko cuai..ko mengaku?

ya.....

lepas ko kne ko tatap begini ke?

tidak....

ko nk ape???

aku nk makna hidup. hari ni aku kne kerana salah lpas. esok aku kne sbb ape aku buat hari ni
aku nk hari ni lebih baik dari sekarang..

nape nmpk down?

aku dh cbe terima, kwn2 asyik sebut je pasal 2

kalau ko xnk dengar ttp la mulut mereka. jangan bergaduh k

kalau boleh dr kelas lg. nk wat cmne. aku boleh terima sbb mmg salah aku. nk aku mnx maaf pn aku buat dah aku yabg salah.

ko tenang dulu..jgn lupa orh lain pn msti penah rasa keadaan ni malah lebih teruk lg. ko beruntung sbb penyarah ko buat begitu sbb dy syg ko, xnk ko gagal..

xmrh pn pensyarah..

ko marah kt sape? kwn2 ke?

xjgk..diorang xslh pn..
dh 2 nk marah sape? ko kne ingat xde soeg pn bleh berjaya klau x berusaha. dalam proses berusaha mst ad rintangan datang. nk x nk ko jgk kne. hikmah mst ad skali ngn ape yg ko rs..
ingat lg 1, hidup adalah perjuangan..ape gne hidup kalau xde makna. umur bru 20 dh cepat marh..so cool man. love u

Sunday, October 17, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

by Ahmad Shanubar Abdul Khalik on Thursday, September 23, 2010 at 11:39am

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)

Top of Form

Bottom of Form

Saturday, October 16, 2010

hikmah aku mengelak dari aktiviti pameran

Tadi aku saje lari dari aktivit yang patut aku hadir. disebabkan xde tempat aku nk lepak aku duduk kt pustaka. ble sbuah buku tentang pengubat hait, aku sedar, segala musibah bukan datang dari bumi, semua datang dari yang maha esa. semua turun dengan kehendaknya. banyak perkara yang begitu terlarang telah aku lakukan.

Aku telah menemui diriku dalam sebuah kisah tentang menangis, antara kisah yang disebut adalah seorang isteri kepada pejuang islam yang syahid pada peperangan uhud. wanita tersebut telah didatangi oelh ramai sahabat lantas dia berkata, "sekinya kamu semua datang untuk menycapkan tahniah aku menerima kedatangan, sekiranya selain dari itu, kamu boleh pulang" (lebih kurang la). kalau kita fikir lgok kal, wajar ke kita ucap tahniah kepada keluarga ynag syahid. msti ramai yang xstju, ingatlah semua yang ada di dunia ini adalah hiasan semata-mata. malah cinta kepada Allah SWT adalh yang terbaik. ingatlah ' semuanya datang dari Allah, dan kepadanya kita kembali. kurniakanlah pahala dengan musibah yang diberi. Gantikalah yang lebih baik daripadanya melainkan Allah memberi pahala kapadanya' .


Dalam kisah lain jga telah menyebut, seorang laki-laki telah diuji dengan kematian anaknya. setelah dikebumikan, beluau tampil di khalayak dengan baju yang cantik dan memakai wangian yang harum. kaumnya telah memarahinya dengan penampilanya itu alau biliau menjawab. Semuanyanya itu hanyala hiasan dunia, hanya Allah cinta yang kekal selamanya.semuannyaadalh Milik Allah SWT. apabila kita ditimpa musibah, pohanlah suapaya kiat akan mendapat perkara yang lebih baik dapadanya.


seorang sahabat juga berdoa supaya anak lelakinya mati. hal ini kerana anak lelaki yang meninggal sebelum baligh akan datang memberikan mereka minuman ketika kita dihimpunkan dalam keadaan yang panas kelak. dalam umur sekarang sudah pasti bukandari golongan belum baligh. tadak mampu aku jadi seperti. aku akan menolong ibubapaku sengan cara yng lain.


ingatla, dunia merupakan penjara kepda yang beriman dan syurga kepada kafir. kesusahan yang dilalui di dunia merupakan kesengan di akhiran dan kesenangan di dunia merupakan kewsusahan di akhiarat. memg sukar untuk menerangkan hal ini kerana aku bukan golongan ahli kitab. dalam buku tersebut memberi banayak contoh yang jelas antaranya, melakukan perkara yng dilarang. Begitu mudah melakukan perkara yang dilarang. melakukan perkara dilarang lansung tidak memerlukan tenaga, usaha, bantuan dan lain. malah melakukan perakar sepertyi meninggalkan solat adalah paling muadah dan tidak perlu dipelajri. Hal ini begitu senang dilakukan di dunia tetapi perlu diingat, adakah ia menyenagkan di akhirat. apabila diambil contah perkara yang susah. apabila kita memohon keredhaan daripadanya, perlu kita meningkatkan usaha, mengobankan banyak masa,tenaga, dan menunjukan kesungguhan. golongan ini akan mendaptkan kesenangan di akhirat.

berbalik kepada kisah menangis, semasa melawat jenazah ibu untuk kali terakhir, mungkin aku merupakan anaknya yang kuat menangis, ini menunjukan keimanan aku yang begitu rendah. baru aku sedar bahawa air mata tidak boleh menolong melainkan menyksakan arwah. bukan menangis supaya ibu dihidupkan semula tetapi tidak mampu menahan. waktu yang diharuskan menangiws adalah sewaktu roh sedang dicabut dari jasad. Junjungan besar juga menagis sewaktu sahabat sedang diambang maut. air mata menunjukan rasa belas kasihan. semua adalah milik Allha, dan kepadanya kita kembali. aku juga sangat berharap semoga perkara ini tidak berulang kepada diriku.

Apabila sesuatu musibah datang, Allah memberikan musibah untuk menutup kelemahan kita. bukan untuk menjatuhkan dan membinasakan kita. Apabila musibah datang, perlulah hadapinya dengan sabar. fikiranlah bagaimana untuk menghadapinya.

aku masih di dunia adalah nikmat ynag begitu berharga daripadanya. semakin lama, peluang untuk kita semakin sempit. setiap hari kita semakin dekat dengan mati. bersedialah untuk menghapinya. laburkanlah perkarta yang baik di dunia untuk faedah di sana. semuanya datang dari Allah dan kepadanya kita kembali.

Thursday, October 14, 2010

tulisan ini hanya sebagai kenangan dari program mengajar di sesebuah sekolah. sebagai ingatan. untuk kamal yang berumur 20 tahun, saya harap teruskan perjuangan dan kuatkan iman,. ingatlah kamal, kata-kata yang selalu kita dengar adalah tentang kesuhahan, kepahitan, halangan yang menggugat iman. untuk mengatasinya, perlu ada sikap yang lemah lembut supaya engkau termotivasi untuk meningkatkan hidup. ingatlah bagaimana kamu berada pada tempat sekarang. jamagam mengasingkan diri untuk lari dari masalah. jika perkara ini berlaku, KAMU SUDAH MATI. Mati lebih awal dari jasad yang hidup



Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Berkisar tentang tugasan ini, sebenarnya ia umpama menyelam sambil minum air. Selain daripada memenuhi tugasan untuk kerja kursus pendek, ia juga memberi manfaat dan pengetahuan kepada saya tentang kaedah untuk mengajar murid- murid khas. Selain itu saya berpeluang mendekati mereka dengan lebih rapat sebelum saya menjadi guru yang bertugas di sesebuah sekolah. Pengalaman ini amat bermakna kepada saya dan akan saya jadikan sebagai kayu ukuran untuk menjadi seorang guru kelak.

Sebagai seorang guru yang pelatih yang akan menjadi guru pada suatu hari nanti pengetahuan yang saya perolehi dari tugasan ini sangat berguna. Ini kerana ia mengajar saya untuk mengenal pasti perbezaan untuk setiap individu dan ini memudahkan saya untuk mengenal pasti serta menyediakan bahan untuk mengajar dengan mudah. Bahan yang saya gunakan mestilah tepat dan menarik perhatian murid. Hal ini menjadikan mereka lebih berminat untuk mengikuti kelas yang akan saya kendalikan nanti.

Selain itu, ia juga tugasan ini memberi saya panduan untuk berhadapan dengan murid-murid khas yang memerlukan kaedah yang istimewa dair murid aliran perdana. Sebagai seorang guru, kualiti dalam pengajaran juga sangat diperlukan. Ia juga mengajar saya tentang kemesraan serta interaksi antara guru dan murid. Setelah membuat tugasan ini, baru saya sedar bahawa guru yang berkualiti bukan sahaja mampu mengajar dengan baik, tetapi mampu membuatkan murid-muridnya selesa dengan lawak jenaka dan perhatiannya.

Selepas menerima tugasan, kami telah diberikan penerangan awal oleh pensyarah kami iaitu Dr. Abdullah Bin Yosoff. Penerangan yang diberikan adalah jelas dan berguna berdasarkan pengalaman beliau yang sudah lama menabur jasa dan keringat dalam memartabatkan bidang Pendidikan Khas sehingga ke hari ini. Keperihatinan beliau dalam bidang ini menarik minat saya untuk meruskan perjuangan yang telah saya tetapakan. Saya juga akan cuba mereaalisasikan impian beliau untuk melahirkan guru yang hebat. Kesungguhan beliau dapat dilihat dari gaya beliau menyampaikan kuliah beliau seperti tidak malu untuk melakonkan aksi kanak-kanak khas semasa memberikan penerangan. Kaedah yang beliau guna memperikan kefahaman kepada kami untuk berhadapan kanak-kanak khas.

Untuk mencari bahan saya telah menghabiskan masa di perpustakaan dan melayari internet. Pelbagai ilmu baru telah saya peroleh berdasarkan pencarian yang saya lakukan sebelum mengadakan lawatan Pengalan Berasas Sekolah ke sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di daerah Kuala Lipis yang merupakan daerah kelahiran saya sendiri. Selain itu saya telah berkongsi maklumat bersama rakan sekelas. Melalui kaedah ini, kami bersama-sama berkongsi maklumat yang penting sebelum megajar murid-murid istimewa. Kami juga sering berbincang untuk menjadikan proses Pengajaran Dan Pengajaran yang akan kami laksanakan bejalan lancar dan memenuhi kehendak tugasan serta dapat member imput berguna kepada murid.

Semasa di sekolah saya juga telah menerima bimbingan seorang guru yang berpengalaman dan antara yang terkemuka di Negeri Pahang yang juga merupakan bekas pelajar Dr. Abdullah bin Yusoff. Sehagian ilmu dan pengalaman telah dikongsi kepada saya. Memandangkan masa yang singkat saya berada di sekoalh berkenaan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut banyak membantu memberi tips-tips yang digunakan untuk mengajar.

Sepanjang mengendalikan kelas PPKI 2, saya telah mempelajari tentang keadilan. Saya begitu terkilan kerana cara saya memilih murid memanggil murid untuk meneka bahan yang yanag akan digunakan mendapat respon yang tidak saya jangkakan.saya berasa begitu bersalah. Walau bagaimanapun saya meneruskan pengajaran tersebut untuk memenuhi RPH yang telah saya tetapkan. Sekiranya saya mengajar mereka kembali, saya akan menjadi lebih adil kepada mereka.

Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih permainan yang bertemakan huruf vokal. Murid hanya perlu membezakan huruf vokal dan konsonan. Saya memilih tema ini kerana tema ini tidak memberikan tekanan kepada murid-murid khas. Selain itu pelaksanaan juga tidak rumit disebabkan pengetauan asal mereka tentang huruf juga telah didedahkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman mengajar saya berharap pengajaran menjadi berkesan. Permainan ini diubahsuai dari permainan boling yang telah dimainkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap botol yang telah diisi air telah ditampal huruf vokal. Murid yang yang menjatuhkan botol perlu meneka huruf yang dijatuhkan. Oleh itu pengamatan mereka akan digunakan. Mereka juga menjadi ahli aktif dalam setiap kumpulan dan hal ini bersesuaian dengan prinsip yang terdapat dalam permainan bahasa.

Selepas saya mengajar KKPI 2, murid dari kumpulan lain juga berminat untuk bermain permainan bahasa yamg telah saya jalankan. Oleh kerana masa yang singkat di sekolah saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Mereka kelihatan kacewa dan keadaan menjadi pulih apabila saya memujuk mereka. Saya juga membiarkan mereka menyentuh bahan yang telah saya gunakan dan menggunakannya. Dengan cara ini mereka menjadi sedikit reda.

Terdapat pelbagai masalah yang telah saya hadapi sepanjang melaksana antaranya ialah masa yang singkat. Masa yang singkat di sekolah menyebabkan saya terikat dengan jadual yang telah saya bina. Sepanjang berada di sekolah saya juga melaksanakan tugasan untuk subjek lain. Selain itu juga, saya mengalami masalah untuk mencari bahan yang berkaitan dengan permainan bahasa. Sumber rujukan yang terhad menyebabkan bahan yang diperoleh hamper sama oleh semua ahli kelas. Kebanyakan bahan yang berkaitan permainan bahasa terlalu umum dan terlalu sedikit isi kandungannya.

Selain itu juga saya menghadpi masalah kewangan di awal lawatan. Saya telah meminta bantuan bapa kerana jarak yang jauh dari rumah ke sekolah memerlukan kos yang tinggi dari biasa. Saya pergi ke sekolah seawall jam 6.30 pagi. Sepanjang berada di IPG saya tidak pernah pergi ke IPG seawall jam 6.30. pagi. Ini memberikan pangalaman dan cabaran kepada saya.

Semasa menjalankan pengajaran mikro, saya berasa begitu seronok kerana saya diberi peluang untuk mengajar buat pertama kalinya. Sya begitu berharap dapan mangajar semula pada semester akan datang. Keramahan murid dan guru membuatkan saya begitu berat hati untuk meninggalkan sekolah berkenaan.

Wednesday, July 28, 2010

dh dapat macam xdpt

alahai,,pye la lme nk dy, dpt2 ad massalah..esok lusa aku dh dapat pelepasan tapi x teng2 jgk.
mne nk pg ntah, sme tmpt mcm x sesuai

Friday, June 18, 2010

SEBUAH RUMAH
Pada suatu hari,saya ternampak sebuah rumah yang sangat cantik.Saya pergi masuk kedalam.Saya ternampak kerusi yang sangat cantik.Saya duduk diatasnya.Kerusi itu mula bergoyang.Selepas kerusi itu bergoyang saya pun mula bergoyang sekali.Saya pun bangun dari kerusi itu.Untuk keluar dari rumah tu.Saya pun cepat-cepat lari dari situ.Setakat ini sahaja cerita saya untuk semua orang.JUMPA LAGI BYE.......BYE.......

Monday, June 7, 2010

tulisan anak buah

nama saya norhidayah.
umar saya sepuluh tahun.
nama kelas saya ialah empat aktif.
nama emak saya ialah Fauziah binti adam.
nama ayah saya ialah Saparudin b. Ismail.

Saturday, May 29, 2010

bersama perangi cali

Memg aku benci cali. mata aku sakiot giler. ble letak ubat jadi macam red indian.
aku nk bunuh semua manatang ni.
jom bersama perangi cali

Monday, May 24, 2010

terima kasih semua....


aku dh x mcm zaman sekolh lagi. walauppun zaman sekolah amat menyeronokkan bagiku begitu juga dengan situasi sekarang. tugas sebagai pendidik amat berat bagiku walaupun aku belum menjadi seorang guru. Kelemahan yang aku ada belum sempat lagi aku atasi. berbekalkan harapan ibu bapa yang ingin melihat anaknya menjadi guru aku perlu lebih bersemangat.
kata2 ibu masih segar dalam ingatan apabila aku menolak untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan. kini aku telah mengenali dunia pendidikan dengan lebih dekat, terima kasih mak. kepada ayah yang selalu memberi sokongan moral, sayang sangat kat mereka. walaupun begitu aku belum mampu untuk berkomunikasi lebih berkesan dengan ayah. sedih jugak kadang2. Ayah lebih suka diam ketika di rumah. Mungkin tiada apa yang ayah ingin katakan. ayah telah memberi banyak kebebasan kepada aku sekarang. adakah ayah sudah yakin aku mampu berdikari?
keluarga aku jugak banyak membantu sepanjang aku belajar. Akak eda la paling banyak kene 'pow'. hehehe. nnt aku akan balas juga jasanya. Bila kau dalam kesusahan mesti dy ada menolong tidak mengira msa dan tempat. Abang2 dan kakak2 yang lain juga amat baik. diorang banyak membantu dari segi semangat dan kewangan.
rakan2 selalu ada di sisi. suka melihat gelagat bermain alat muzik dalam bilik walaupun kadang2 macam zombie. kalau mereka tiada memg hidup ni jadi bosan.
tadak lupa kepada yang istimewa yang selalu menyokong kehendak aku yang kadang aku sendiri rasa tak masuk akal. kerananya duniaku menjadi lebih hijau dan menyerlah. kasutku juga mula bersalin warna kepada warna kegemaranku. cayalah.

Saturday, May 22, 2010

hijau duniaku


hijau merupakan warna sekunder hasil gabungan biru dan kuning. warna ini menjadi simbol kepada aku senjak dua tiga empat lima menjak ni. sesetengah pendapat warna ini simbol kepada kebapaan. kelakar tak? aku xkisah pn. bagi kau, aku suka aku buat. bile agaknye aku dpt jd hijau..hehehe. kenapa aku suka hijau? mengapa duniaku belum hijau lg? aku pn xtaw la.
hijau ni simple tapi boleh memberi ketengan. aku gunakan warna ini untuk meransang minda dan semangat.
seronok..;).. sekarang dh 2 kasut hijau.. sem dpan nnt nk tambah lg 2. wow.. sape nk pinjam?


Wednesday, March 17, 2010

Belum selesai







suasana malam yang sejuk begitu sesuai bermonolog dalaman. aku lahir sudah mencapai usia 20 tahun tetapi ape sumbanganku yang boleh diperkatakan? persoalan oh persoalan sentiasa menghantui benakku ini yang kesepian.



aku ingin sekali berbakti kepada kedua ibu bapa, masa tidak menunggu kita. ketika usiaku ingin mencapai 19 tahun, ibu yang tersayang telah pulang kepadanya. belum reda dengan ujian yang menimpa, ayah pula ditmpa kemalangan ketika hendak membeeli akbar utuk tatapan minda.
aku bersyukur kepadanya kerana ayah telah beransur pulih. semoga ayah sentiasa berbahagia..