MENJADIKAN DIRI LEBIH KUAT SUPAYA MASYARAKAT MENYEDARI DIRI INI PERNAH WUJUD..WEDA N KAMAL,,,,,
Sunday, December 11, 2011
berkata2 pada cermin
Thursday, December 8, 2011
Wednesday, November 30, 2011
mula bertugas...
pagi tadi roimi ajak menebas kt kebun getah..seronok jgk cantas2 pokok..kitorg bermula seawal pkul 8. sllu pkul 12 pn xkuar2 rumah..hehhee.
badan pn makin berat. jadi ayam daging jela duk rumah.
pkul 7.30 roimi dtg rumah. dy rajin, saya je malas. hahaha. sarapan la same2. dengan muka mengantuk mula la perjalanan ke pejabat. otw nk pg 2. tbe minyak habis. kesimpulanya, bulat air kerana pembetung. ???????
xfham? sme la kte..xde kaitan 2. nk marah dy pn xde gne. dh xde minyak tolak jela.
ble dh start nk tebas. benda pentg, ubat nyamuk. penuh nyamuk..hahaha. bajet budak bandar. xde masalah pn. b, tgan abg mengelupas..tlg sapu ubat. :)
dh selesai, pkul 1 ktrg balik jela..terjun sungai kn senang, hilang letih duk berndam kt sungai 2.. kalau mlm ni xon9, 2 je blh sy citer. sy fham awk bz..wat kje jgn tension2 taw. abg tgk dr jauh je
Monday, November 28, 2011
Sunday, November 27, 2011
Friday, November 25, 2011
semua tentang
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Thursday, November 24, 2011
selsema mengikut kaki
Friday, November 18, 2011
ku memohon kepadamu yang maha kuasa
ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..
jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..
Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..
Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...
Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....
Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......
anyut –
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja
Wednesday, November 16, 2011
Friday, July 8, 2011
cek egu ke aku
'bunyi dh enset aku ni. tgk jam,' bila aku tengok jam hijau berlatarkn putih rupanya dh pkul 6.30 pagi. mcm biasa aku tarik balik selimut n rlex dlu, awl lg ni. tidak lama selepas itu, benda 2 berbunyi balik. grrrrrr. ni hempas karang sayang, tak pasai pasai pkai public lpas ni.
aku bangun la. bila dh bangun aku duduk pulak tercongok mcm tubggu telor itik menetas kt tepi reban, ni malas bangun awal, tggu turn bilik air air plak. dalam menunggu girin, benda 2 bunyi balik.. ding dong ding dong. bila tepat jam 7.45 biasanya aku baru hidupkan enjin motor kesayang. kelas pun stary pukul 7.45. ni orang paggil tabiat dh kot..hahaha. kadang-kadang terdetik dalam hati nk datang kelas awal tapi aku pn belum pasti kenapa aku ni kurang selesa berada kt kelas 2. aku pn belum pasti faktor dalaman ke luaran yang membengkok bongkakkan hati ni bila kt kelas. kawan-kawan semua ok. adakah aku ni memang xlayak berada kt sana. aku pn manusia biasa. mesti ad benda aku xpuas kot.
kalau nk ikutkan hati memang ada masa xnk pegi pn. kne byar 20 ya boh. aku sayng duit..i love u mopney.. aku xkn lepaskn sayang mudah2..hahaha.
bila kelas dh habis aku pn rasa nk balik. pagar pulak dirantai. terasa dipenjara. hatiku memberontak. chait, bnori ng guna ayat buku. ' keh menyampoh beto la. bukok la cepat2. pkul 1 bru la blik. kadang2 pkul 2 datang blik.
bila sampai kt rumah kn. aku mula je kesumak. mula la jeng zereng. nasib la ad laptop. boleh la mengadasp. lepas 2 jem balik la bila mengadap lama-lama.
pkul 5.40 aku dh panas punggung. datang la blik kampus. main bola tampar sampai saat 6.34. ad la dua tiga pengawal yang bertugas mengingatkan tentang masa bermain. diorang pn dh menyampah tengok muka ktrg kot.
tika malam menjelma penyakit 2 datang balik, masuk kluar gua pn xde makna lagi dh ni. ajak la member kluar makan.
pkul1 tido.
kalau la ad yang pandai. inikah yang cikgu akan lakukan?????????????????
Saturday, May 14, 2011
Tuesday, May 3, 2011
kaki pancing cikgu tegar
Saturday, April 30, 2011
e....fu
Friday, April 29, 2011
bila belajar bg org nme.. perh!!!!
aku terbaik
org ckp aku biak, aku tampar. aku jahat la mangkuk.
Wednesday, April 27, 2011
aku xbaik
sy bukan lelaki baik, awk kutip sy,
bertemu org gila...
Saturday, April 16, 2011
unpan terbaik nk main ikan
Umpan Pancing
Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.
A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.
1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )
B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.
1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )
C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .
1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )
D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.
1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawatserta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan mendapat rezeki yang baik dan selamat.
Umpan Ikan Air Tawar
Masalah yang kerap dialami kebanyakan pemancing di kolam ialah keberkesanan umpan untuk menjerat ikan terberat untuk menjuarai pertandingan. Memang tidak dinafikan hadiah yang ditawarkan semakin meningkat untuk menarik ramai kaki pancing.
Di kolam air tawar, patin dan tongsan biasanya mendahului kedudukan ikan paling berat kerana saiz dan fizikal ikan itu adalah besar. Ketika ini, penulis tidak berani untuk memberitahu umpan khusus paling mujarab kerana ada pelbagai jenama dedak dan ramuan rahsia pemancing sendiri. Semua umpan ini digemari ikan dan berjaya menawan pelbagai saiz ikan berkenaan.
Jadi sukar mencadangkan jenama dedak yang digunakan kerana cita rasa ikan saling berbeza. Terbaru, penulis dapati ‘dedak hong’ dan dedak dinding merah menjadi pilihan. Ia diadun dengan perisa vanila, pandan, coklat dan kelapa.
Ada juga berbau seperti ramuan cacing atau cendawan yang dijual dalam bekas botol kecil.
Jadi, jika ditinjau umpan ini jelas baunya juga memainkan peranan penting selain saiz gumpalan dedak yang perlu dipasang pada mata kail. Selain itu, adunan mesti pejal dan tidak mudah terurai ketika dilontar serta tahan lebih lama dalam air selain mampu mengeluarkan bau bagi menarik perhatian ikan.
Bagi penulis, yang penting ialah kita cuba membuat penilaian sendiri kerana ramai pemancing enggan berkongsi info dan rahsia umpan mereka. Bila diuji ramuan mana yang membuka selera ikan, kita boleh membuat pilihan terbaik.
Belajar daripada pengalaman adalah sumber ilmu yang tidak ternilai manakala berguru dengan pemancing handal adalah ilmu terbaik, membaca sumber rujukan seperti bahan bacaan pula adalah ilmu teras, melihat dan meniru pemancing lain pula ilmu yang tidak salah diikuti. Manakala dibantu oleh alatan terkini pula adalah ilmu sampingan yang perlu dipelajari.
Kekili Menegak (Overhead Reel)
Kekili Menegak (Overhead Reel)
Kekili menegak / multiplier / baitcaster lazimnya lebih mahal bebanding kekili mendatar. Oleh itu, pastikan anda perolehi yang terbaik dari nilai yang dibayar. Kebanyakannya mengikut perkara yang sama seperti mana memilih kekili mendatar apabila anda ingin membeli kekili menegak atau baitcaster. Tetapi terdapat beberapa perkara tertentu yang perlu diperhalusi.
- Kurang, lebih baik.
Plat tapak atau kaki kekili seharusnya sebingkai. Malah lebih baik jika ianya sebahagian dari bingkai keseluruhan. Titik penyambung merupakan titik terlemah, jadi semakin kurang komponen individu, semakin kuranglah kelemahannya.
Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan kaki kekili cukup kritikal. Inilah sebab mengapa kekili menegak saiz besar (multiplier) sering didatangi dengan sokongan alat pendakap (ia sepatutnya digunakan, tetapi selalunya pemancing menyimpannya dalam kotak) Petua : pastikan anda mengikat pendakap ini sebelum memasukkan tali dalam gelendung kekili.
Saya pernah melihat beberapa kekili menegak murahan yang di hujung kakinya boleh dibengkokkan dengan tangan sahaja kerana jenis logam atau penyambung rivetnya terlalu lembut.Ianya uga penting agar kaki kekili tidak terlalu panjang (terutama kekili berbadan grafit).
- Hati-hati dengan ruang celahan.
Toleransi antara gelendung dan badan kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik aialah dengan mengisi tali tangsi ke dalam gelendung dan
- Pastikan ketat
Sepatutnya tiada sebarang pergerakan ke dalam atau ke keluar pada pengayuh, dan juga tiada gerakan ke belakang atau ke depan apabila sistem tegangan diketatkan. Kekili murah kerap gagal di sini, akibat toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau logam yang lembut pada shaf pengayuh.
- Sistem tegangan / Drag
Senggatan dari drag yang ketat sehinggalah gelendung bebas haruslah beransur-ansur dengan larasan minimum setelah tekanan drag berkurangan.
Amalan menahan gelendung sambil karau kekili melawan tekanan drag (walaupun semua orang melakukannya ), tidak banyak memberitahu kita tentang kelembutan drag. Jika drag terasa sangkut-sangkut semasa melakukannya, lebih baik anda berhenti, nanti tak pasal-pasal ianya jahanam dan anda terpaksa membayar ganti rugi.
Ujian terbaik untuk mengesan kelembutan kekili ialah dengan memuatkan tali dan lakukannya dengan joran. Tetapi ujian ini bergantung kepada kos kekili dan beberapa bagusnya servis kedai pancing itu, sama ada mereka sanggup lakukannya untuk anda.
Tetapi bagi saya, jika saya sanggup berhabis duit, pastilah saya mahukan yang terbaik dari kekili itu. Apa pun, mintalah kebenaran dari operator kedai pancing itu dahulu.
- Fikirkan jangkaan
Alat penyusun tali (level wind) kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu.Komponenini selalunya cepat haus, apatah lagi kalau dihuni garam dan pasir. Jangan lupa bersihkannya selalu.
Untuk mengelakkan masalah ini, saya selalunya sanggup berbelanja lebih untuk membeli alat ganti palam tersebut pada masa yang sama kekili dibeli. Lagipun, kita tak tahu sama ada kita boleh mendapatkan alat gantinya pada masa hadapan (bertambah teruklah jikalau anda tidak dapat menjumpai alat gantinya nanti).
- Mahirkan diri
Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan. Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontaran pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semua orang mampu memahirinya.
Namun fakta yang menyedihkan ialah baitcaster yang mahallah paling mudah dikendalikan oleh orang baru, Tetapi jika membeli baitcaster murah, lagi panjanglah tempoh pembelajarannya.
Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda(ada sesetengah kekili seakan mampu berputar selama-lamanya!)
Sebelum anda memilih kekili , anda harus tahu :
Apakah saiz dan berat gewang yang anda mahu lontarkan ?
Dimana anda berhajat nak memancing ?
Sejauh mana jarak yang anda pelukan untuk melontar gewang ?
Apakah jenis tali (tangsi atau sulam) dan saiz ketahanan yang anda ingin gunakan ?
Dengan mengetahui jawapan terhadap soalan-soalan ini, seleksi kekili lebih mudah ditentukan.
Dipetik dari Majalah Sirip Bil : 52
Kekili mendatar (Spinning reel)
- Keterangan Lisan
Tanyalah pengusaha atau operator kedai pancing tentang jenis kekili yang anda hajati. Kebanyakan dari mereka tentu biasa turun memancing (memang sepatutnya) dan tahu perbezaan peralatan yang mereka gunakan. Jika mereka dakwa tiada masalah pada kekili yang sesuai dengan kehendak anda itu, maka belilah model yang sama.
- Ujian Pemutaran
Semasa meneliti putaran pengayuh, sila tumpu perhatian terhadap sebarang kelonggaran cengkaman antara setiap gear. Pastikan pengayuhnya tegap, mengarau lancar, tidak bergoyang, atau berlaku keketatan dan tersangkut-sangkut.
Pengayuh pada sesetengah kekili mempunyai shaf gelincir dan skru kunci bertentangan, tetapi shaf sepatutnya cukup muat tanpa sebarang kelonggaran. Pegang rotor gelendung dari berpusing, kemudian gerakkan pengayuh ke depan dan belakang untuk menyukat kelonggaran antara gear.
- Ujian Lekap
Sentiasalah bawa magnet kecil bersaiz poket. Dengan melalukan magnet pada semua skru luaran dan komponen, kita boleh mengesan ruang yang berkemungkinan akan karat.
Walaubagaimanapun, magnet bukanlah ujian tepat untuk logam tahan karat (stainless steel), kerana ada sebilangan gred logam tahan karat yang magnetic (boleh karat). Krom atau skru tembaga bersalut (yang bukan magnetik) juga kerap digunakan dan tidak akan karat. Ingat, karat dan hakisan adalah musuh anda.
- Helah Galas Bebola
Fenomena terbaru ialah penyendatan banyak galas bebola. Sebenarnya bilangan galas bebola dalam kekili bukanlah petunjuk kualiti atau ketahanannya. Selalunya galas bebola yang ditempatkan dalam reka bentuk kekili yang kurang baik adalah dari bahan berkualiti rendah dan cenderung terhakis atau terdedah kepada kemasukan butiran pasir, garam dan air. Jika banyak galas bebola sebegini, lagi banyaklah masalah yang bakal timbul.
- Pastikan ketat.
Banyak kali saya lihat kekili yang baru keluar dari kotak tidak diketatkan shaf utama dengan kemas pada galas pemutarnya. Walaupun ianya boleh diketatkan dengan Cuma separuh putaran pemutar skru, tetapi jika tidak diendahkan, boleh mengakibatkan kekili kehilangan skru yang penting pada komponen dan gear-gear berputar.
6. Pemadanan
Jika anda ingin padankan kekili baru dengan sebatang joran lama (atau sebaliknya), bawalah joran anda ke kedai dan
Kadangkala kaki kekili itu terlalu besar, lebar, runcing atau kecil untuk dimuatkan kemas pada joran. Joran mungkin lebih panjang atau pendek dari yang anda mahu beli (malah koordinasi warna pun tak ngam).
- Faktor X
Jika anda tidak pernah mendengar jenanmanya, itu bukanlah alasan untuk tidak ambil pusing. Seperti yang saya katakan pada awal tadi, terlalu banyak jenama baru
- Kilau tak semestinya emas.
Ingat, kekili baru yang berkilat bukanlah kekal sedemikian rupa selepas beberapa trip memancing. Pengilang meletakkan plastic berplat logam berlebihan pada kekili supaya ia kelihatan lebih cantik dan anggun, tetapi masalah hakisannya tetap meningkat. Benda-benda berkilat pada kekili selalunya memerlukan lebih perhatian (seperti menggilap selepas terdedah pada air masin) supaya tidak rosak dan pudar.
- Jika tak berfungsi di kedai, ia tidak berfungsi di bot.
Aksi lengan pengarau atau “bail arm” kekili hendaklah positif dan tidak gagal bertindakbalas semasa anda mengujinya berulang kali di kedai pancing. Roda pemandu tali seharusnya berputar bebas dan anda hendaklah mengujinya butang anti-balikannya beberapa kali untuk melihat sama ada ia sentiasa berfungsi atau tidak.
Jika anda tidak pasti dengan fungsi setiap tombol kecil dan system pada kekili, maka tanyalah kepada pekedai. Itulah sebabnya mereka berada di situ dan janganlah baru nak baca kertas keterangannya sesudah pulang. Tiada orang anggap anda bodoh jika bertanya apakah fungsi tombol itu, tetapi bukankah lebih bodah kalau kekili dibawa kembali hanya semata-mata anda tak tahu bagaimana hendak menggunakannya ?
- Hakisan, musuh anda.
Lihat segenap ruang atau celahan (gap) terutama antara badan kekili dan di bawah rotor gelendung. Saya pernah melihat kekili yang mempunyai celahan cukup besar yang membolehkan pasir memasukinya (Inilah antara sebab mengapa kita tdak digalakkan membuka komponen kekili untuk memperbaiki semasa pergi memancing).
- Nikmatilah bunyinya
Di bawah gelendung kekili mendatar terdapat palam penggera tegangan. Kliker logam kecil inilah yang akan melagukan bunyi yang kita semua suka mendengarnya apabila ikan lari menggila.
Komponen ini serta spring di belakangnya hendaklah jenis logam (plastic tak tahan lama) dan hendaklah diikat dengan skru, bukan klip. Sesetengah pengilang menggunakan klip dan percayalah pada saya, jika ia tercabut walaupun tidak patah, ia tak akan kembali pulih seperti sedia kala. Lama kelamaan anda terpaksa ganti spring atau bersihkan belakang palam, jadi ini hendaklah boleh dicapai dan boleh diganti.
Kesimpulanya, ambillah masa untuk memilih.
Dipetik dari majalah Sirip Bil : 52
Friday, April 1, 2011
sekilas ikan kembung
Untuk permulaan, aku begitu gembira diberi peluang naik lagi atas benda alah 2. Aku harap aku tidak silap membuat keputusan untuk masuk bertanding lagi. tahun ni aku dapt 2 emas. bukan emas untuk dijual, ini emas sejarah. 400m(56.2 s) lompat tinggi (1.67 m). kedua-dua merupakan rekod terbaikku setakat ni.