Saturday, April 30, 2011

e....fu

musuh..tau ape 2 musuh?
Musuh adalah entiti yang dipandang sebagai merugikan atau mengancam tegas. Istilah ini biasanya digunakan dalam konteks yang lebih besar dari perang, untuk menunjukkan sebuah kumpulan pembangkang sebagai ancaman.( http://en.wikipedia.org/wiki/Enemy)
ni org berpelajaran yg ckp. kalau bg aku musuh ni mcm benda yang aku xbolh nk tgk.
kalau tgk aku tgk makan pn aku tggl nasi 2. kalau aku. kalau org lain aku mmg xtau la.
dh byk kwn pn jadi musuh. aku pn dh rasa. cme smapi skrg aku x reti secara detail ape 2 musuh.
nk buat teori sendiri pn ssh. tp kt kelas ad yg pggil aku bandura. kre ok la 2. ad jgk teori dy buat..hahaha
aku rasa musuh ni sesuatu yg menyekik. kalau ad musuh baling sampah, aku ske, aku nk lipat gunting samapah 2. syok ooo.hahaha.sori ni imaginasi jela.. xde yg real. aku ngntuk ni. sape nk tdo jam la

Friday, April 29, 2011

bila belajar bg org nme.. perh!!!!

musibah2....biar musibah dari si sial pembawa malang. badi ko hampir melekat kt aku. aku xkisah org pggil jugah asalkan jgan pdgr nma ko. dalam byk2 nme yg ad, nme ko plg menyakitkn telinga ni. dalam bab mengututk awek mmbr2 aku xbolh nk ckp sbb aku bunyi sepatah mst nme ko akan disebut. pdhal kte mmg pnh kapel ke. aku plg takut ia betl2 terjadi.
2. nk smakan aku ngn babi ye.. hahaha. ad jgk kuda. tq2. ko ckp ko mentg ape ntah yg cute sgt 2. heran2. mata aku making juling ke??? kawan2 tlg check mata ni. rosak kot. kne pkai spek 24 inci la lpas ni. mgkin ko jgk la punca aku xdpt markah penuh melompat hari 2. sbb aku xblh tgk gajah yang dikacuk dengan badak dikacuk pula dengan anjing dikacuk lagi dengan babooon (babi pn ok).
ko sumber pemusnah, ko la smuanya (merujuk kpd -ve je ye). aku diam aku sabar. ko ingt ko je ad limit. aku pye limit dalam reban ayam?
3. slgi ingt ko aku jd biol tau x? knpe la aku blh jmpe golongan mcm ko kt tempt mcm ni. xde tmpat lain sgt ke. ko ingt aku bhgia ke mengarut mcm ni? nk mengrt mst kne ingt ko. ingt ko la plg menyeksakan. plg aku xnk. aku mmg kejam kt si kejam. mmg semnjak 2 3 4 5 6 7 menjak ni aku xde dgr org ckp aku baik. aku bangga skli lg. hasil yg KU BUAT menjadi. ko ingt aku baik? ( mmg x ko ckp x baik) ko buat keje ko, aku buat keje aku. kalau ko agak2 xde kje nk buaty ko jg la benda lain. aku dh ad org nk jg. gambar pn ad dibawah. kalau nk tgk sesangat.

ko ckp kt aku ble smua nk abis? ckp1!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sbb bhsa ko terbaiekkkkk ko la aku nk merokok pn xde asap ko reti x?
owh ko pandai gne ayat kias mengias, sori la ni bukan gelangan ping pong untuk kias mengias. ni
bukan ape la nk merepek sbb mmg hobi aku merepek x tntu pasal sbb ad yang mmberi aku pasal untuk merepek. ni wktu tido aku, sbb ko hlg mood.

aku terbaik


org ckp aku biak, aku tampar. aku jahat la mangkuk.
org ckp aku jahat, aku bg choki2
aku bg diut.. sbb kalau x buat mcm ni ntah ble crita nk abis.
nk masuk tahun kerbau pn xde ape yg ok..ntah ape lg anda nk?
nk darah? aku mne ad mase period la mangkuk!!!!!!!!!!!!
mnda alah 2 pn aku xde la.

ssh jgk bercakap dengan org teramat bijak ni..yea anda bijak. anda bagus, anda terrrrbaik,
kta mmg x sma sbb hidup ko untuk beljar, ko rs idup rs aku mcm ko?
ko taw ke jiwa aku kt mne? kalau iktkan hati, mmg aku pn xnk duk sni.
xnk mengajar anak org, xnk segala. ko ingat aku dtg sni smua atas rancangan aku ke?
kalau xde keizinan aku xde la kt sni.

aku xde ape lg ngn ko.. masih ape ko nk??????
kalau ko rs jijik nk tampar aku, aku lg jijik tgk ko.
nk baebakul3 aku muntah...aku xfaham la dr mne ko jmpe penyakit ni..jgn jankitkn kt aku.
ko mmg terbaik..aku mmg kne jmpe org mcm ko sbb blh ukur brape jauh aku pye jahat.
ko bijak sbb kedudukan ko skrg, bgus jmpe ko sbb blh ajar diri aku nk hormati org
ko mulia sbb ko ingtkn aku tentang jahat..
pndek kata aku sangat rugi la ni kn...
ruginya

Wednesday, April 27, 2011

aku xbaik


sy bukan lelaki baik, awk kutip sy,
awk jg sy mcm awk jg diri awk,
mse awk smua untuk sy, sy xmmpu bls kt awk,
kalau sy xde mood, awk tggl smua keje untuk teman sy,
mse sy dukacita, awak mesti ada, kadang-kadang sy pn heran awak,
awak mmg xde keje ke? setau sy kt U lg banyak keje dr IPG, sy plak mcm byk keje,
kalau sy jatuh awk angkt sy sy kn.....
awk jg sy lg kn.....
awak xkan tikan sy kn,,,,
awak kene taw, sy percaya awak, awak baik sangat.
luv u sayang......daa...

bertemu org gila...

kenal tidak berkata lebih,
xde sbb xde dalih,
gila ori gila paksi
berkata lembut gigi dari gusi
falsafah gila xde kunci
lembu mati gali sendiri
bodo sendiri nk cri ganti
terjun mati tepi perigi
aku pening kita ni kenl ke?
aku anak angkt bf ko kot.
penah ke aku cri selipar aki ko?
gila biar bermotif, jgn gila betl2 gila




untuk anak-anakku nnt,
bila besar jgan xde kje smpai buat org sakit hati,
buat jahat biar ad motif, nk menyibuk biar kenal org,
buat jahat biar betl2 jahat, buat baik jgn ckit2,
nk berckp tgk kaki sndiri n kaki org,
jgn kaki org jd bedak kt muka,

Saturday, April 16, 2011

unpan terbaik nk main ikan

Umpan Pancing


Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.

A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.


1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )



B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.



1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )


C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .


1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )


D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.


1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)

Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawatserta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan mendapat rezeki yang baik dan selamat.

Umpan Ikan Air Tawar

Umpan mujarab pikat patin, tongsan, rohu


Masalah yang kerap dialami kebanyakan pemancing di kolam ialah keberkesanan umpan untuk menjerat ikan terberat untuk menjuarai pertandingan. Memang tidak dinafikan hadiah yang ditawarkan semakin meningkat untuk menarik ramai kaki pancing.

Di kolam air tawar, patin dan tongsan biasanya mendahului kedudukan ikan paling berat kerana saiz dan fizikal ikan itu adalah besar. Ketika ini, penulis tidak berani untuk memberitahu umpan khusus paling mujarab kerana ada pelbagai jenama dedak dan ramuan rahsia pemancing sendiri. Semua umpan ini digemari ikan dan berjaya menawan pelbagai saiz ikan berkenaan.

Jadi sukar mencadangkan jenama dedak yang digunakan kerana cita rasa ikan saling berbeza. Terbaru, penulis dapati ‘dedak hong’ dan dedak dinding merah menjadi pilihan. Ia diadun dengan perisa vanila, pandan, coklat dan kelapa.

Ada juga berbau seperti ramuan cacing atau cendawan yang dijual dalam bekas botol kecil.

Jadi, jika ditinjau umpan ini jelas baunya juga memainkan peranan penting selain saiz gumpalan dedak yang perlu dipasang pada mata kail. Selain itu, adunan mesti pejal dan tidak mudah terurai ketika dilontar serta tahan lebih lama dalam air selain mampu mengeluarkan bau bagi menarik perhatian ikan.

Bagi penulis, yang penting ialah kita cuba membuat penilaian sendiri kerana ramai pemancing enggan berkongsi info dan rahsia umpan mereka. Bila diuji ramuan mana yang membuka selera ikan, kita boleh membuat pilihan terbaik.

Belajar daripada pengalaman adalah sumber ilmu yang tidak ternilai manakala berguru dengan pemancing handal adalah ilmu terbaik, membaca sumber rujukan seperti bahan bacaan pula adalah ilmu teras, melihat dan meniru pemancing lain pula ilmu yang tidak salah diikuti. Manakala dibantu oleh alatan terkini pula adalah ilmu sampingan yang perlu dipelajari.

Kekili Menegak (Overhead Reel)


Kekili Menegak (Overhead Reel)

Kekili menegak / multiplier / baitcaster lazimnya lebih mahal bebanding kekili mendatar. Oleh itu, pastikan anda perolehi yang terbaik dari nilai yang dibayar. Kebanyakannya mengikut perkara yang sama seperti mana memilih kekili mendatar apabila anda ingin membeli kekili menegak atau baitcaster. Tetapi terdapat beberapa perkara tertentu yang perlu diperhalusi.

  1. Kurang, lebih baik.

Plat tapak atau kaki kekili seharusnya sebingkai. Malah lebih baik jika ianya sebahagian dari bingkai keseluruhan. Titik penyambung merupakan titik terlemah, jadi semakin kurang komponen individu, semakin kuranglah kelemahannya.

Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan kaki kekili cukup kritikal. Inilah sebab mengapa kekili menegak saiz besar (multiplier) sering didatangi dengan sokongan alat pendakap (ia sepatutnya digunakan, tetapi selalunya pemancing menyimpannya dalam kotak) Petua : pastikan anda mengikat pendakap ini sebelum memasukkan tali dalam gelendung kekili.

Saya pernah melihat beberapa kekili menegak murahan yang di hujung kakinya boleh dibengkokkan dengan tangan sahaja kerana jenis logam atau penyambung rivetnya terlalu lembut.Ianya uga penting agar kaki kekili tidak terlalu panjang (terutama kekili berbadan grafit).

  1. Hati-hati dengan ruang celahan.

Toleransi antara gelendung dan badan kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik aialah dengan mengisi tali tangsi ke dalam gelendung dan cuba selitkan ia di celahan antara gelendung dan plat dalaman kekili. Hari ini, diameter tali semakin halus. Jadi, janganlah sampai berlaku tali terselit di celahan tersebut sehingga menyebabkan kes paling buruk …..sarang burung (backlash)!

  1. Pastikan ketat

Sepatutnya tiada sebarang pergerakan ke dalam atau ke keluar pada pengayuh, dan juga tiada gerakan ke belakang atau ke depan apabila sistem tegangan diketatkan. Kekili murah kerap gagal di sini, akibat toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau logam yang lembut pada shaf pengayuh.

  1. Sistem tegangan / Drag

Senggatan dari drag yang ketat sehinggalah gelendung bebas haruslah beransur-ansur dengan larasan minimum setelah tekanan drag berkurangan.

Amalan menahan gelendung sambil karau kekili melawan tekanan drag (walaupun semua orang melakukannya ), tidak banyak memberitahu kita tentang kelembutan drag. Jika drag terasa sangkut-sangkut semasa melakukannya, lebih baik anda berhenti, nanti tak pasal-pasal ianya jahanam dan anda terpaksa membayar ganti rugi.

Ujian terbaik untuk mengesan kelembutan kekili ialah dengan memuatkan tali dan lakukannya dengan joran. Tetapi ujian ini bergantung kepada kos kekili dan beberapa bagusnya servis kedai pancing itu, sama ada mereka sanggup lakukannya untuk anda.

Tetapi bagi saya, jika saya sanggup berhabis duit, pastilah saya mahukan yang terbaik dari kekili itu. Apa pun, mintalah kebenaran dari operator kedai pancing itu dahulu.

  1. Fikirkan jangkaan

Alat penyusun tali (level wind) kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu.Komponenini selalunya cepat haus, apatah lagi kalau dihuni garam dan pasir. Jangan lupa bersihkannya selalu.

Untuk mengelakkan masalah ini, saya selalunya sanggup berbelanja lebih untuk membeli alat ganti palam tersebut pada masa yang sama kekili dibeli. Lagipun, kita tak tahu sama ada kita boleh mendapatkan alat gantinya pada masa hadapan (bertambah teruklah jikalau anda tidak dapat menjumpai alat gantinya nanti).

  1. Mahirkan diri

Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan. Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontaran pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semua orang mampu memahirinya.

Namun fakta yang menyedihkan ialah baitcaster yang mahallah paling mudah dikendalikan oleh orang baru, Tetapi jika membeli baitcaster murah, lagi panjanglah tempoh pembelajarannya.

Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda(ada sesetengah kekili seakan mampu berputar selama-lamanya!)

Sebelum anda memilih kekili , anda harus tahu :

Apakah saiz dan berat gewang yang anda mahu lontarkan ?

Dimana anda berhajat nak memancing ?

Sejauh mana jarak yang anda pelukan untuk melontar gewang ?

Apakah jenis tali (tangsi atau sulam) dan saiz ketahanan yang anda ingin gunakan ?

Dengan mengetahui jawapan terhadap soalan-soalan ini, seleksi kekili lebih mudah ditentukan. Cuba timbulkan banyak persoalan, tidak kiralah berapa banyak yang anda rasa tahu jawapannya. Era perubahan dan inovasi peralatan memancing kini sangatlah pantas. Justeru, pilihlah dengan bijaksana.

Dipetik dari Majalah Sirip Bil : 52

Kekili mendatar (Spinning reel)


  1. Keterangan Lisan

Tanyalah pengusaha atau operator kedai pancing tentang jenis kekili yang anda hajati. Kebanyakan dari mereka tentu biasa turun memancing (memang sepatutnya) dan tahu perbezaan peralatan yang mereka gunakan. Jika mereka dakwa tiada masalah pada kekili yang sesuai dengan kehendak anda itu, maka belilah model yang sama.

  1. Ujian Pemutaran

Semasa meneliti putaran pengayuh, sila tumpu perhatian terhadap sebarang kelonggaran cengkaman antara setiap gear. Pastikan pengayuhnya tegap, mengarau lancar, tidak bergoyang, atau berlaku keketatan dan tersangkut-sangkut.

Pengayuh pada sesetengah kekili mempunyai shaf gelincir dan skru kunci bertentangan, tetapi shaf sepatutnya cukup muat tanpa sebarang kelonggaran. Pegang rotor gelendung dari berpusing, kemudian gerakkan pengayuh ke depan dan belakang untuk menyukat kelonggaran antara gear.

  1. Ujian Lekap

Sentiasalah bawa magnet kecil bersaiz poket. Dengan melalukan magnet pada semua skru luaran dan komponen, kita boleh mengesan ruang yang berkemungkinan akan karat.

Walaubagaimanapun, magnet bukanlah ujian tepat untuk logam tahan karat (stainless steel), kerana ada sebilangan gred logam tahan karat yang magnetic (boleh karat). Krom atau skru tembaga bersalut (yang bukan magnetik) juga kerap digunakan dan tidak akan karat. Ingat, karat dan hakisan adalah musuh anda.

  1. Helah Galas Bebola

Fenomena terbaru ialah penyendatan banyak galas bebola. Sebenarnya bilangan galas bebola dalam kekili bukanlah petunjuk kualiti atau ketahanannya. Selalunya galas bebola yang ditempatkan dalam reka bentuk kekili yang kurang baik adalah dari bahan berkualiti rendah dan cenderung terhakis atau terdedah kepada kemasukan butiran pasir, garam dan air. Jika banyak galas bebola sebegini, lagi banyaklah masalah yang bakal timbul.

Cuba lihat gambarajah pecahan kekili yang disertakan dalam kotak kekili anda. Ianya patut diteliti dan ditanyakan soalan kepada operator kedai pancing tentang kualiti komponen tersebut, misalnya gear dan galas bebola.

  1. Pastikan ketat.

Cuba pegang gelendung dengan sebelah tangan, dan tarik ia ke atas atau tekan ke bawah (jangan memaksa) untuk melihat sama ada wujudnya sebarang pergerakan yang longgar dalam shaf utama (sepatutnya tiada).

Banyak kali saya lihat kekili yang baru keluar dari kotak tidak diketatkan shaf utama dengan kemas pada galas pemutarnya. Walaupun ianya boleh diketatkan dengan Cuma separuh putaran pemutar skru, tetapi jika tidak diendahkan, boleh mengakibatkan kekili kehilangan skru yang penting pada komponen dan gear-gear berputar.

6. Pemadanan

Jika anda ingin padankan kekili baru dengan sebatang joran lama (atau sebaliknya), bawalah joran anda ke kedai dan cuba pasang kekili itu pada joran. Inilah satu-satunya cara terbaik untuk memadankannya.

Kadangkala kaki kekili itu terlalu besar, lebar, runcing atau kecil untuk dimuatkan kemas pada joran. Joran mungkin lebih panjang atau pendek dari yang anda mahu beli (malah koordinasi warna pun tak ngam).

  1. Faktor X

Jika anda tidak pernah mendengar jenanmanya, itu bukanlah alasan untuk tidak ambil pusing. Seperti yang saya katakan pada awal tadi, terlalu banyak jenama barucuba menerobos pasaran dan ada juga yang “ tak boleh pakai”. Memang sukar untuk mengetahui kebaikan yang ia tawarkan. Jadi, siasatlah betul-betul kekili yang anda ingin beli, bukan sekadar untuk model yang dipamerkan sahaja.

  1. Kilau tak semestinya emas.

Ingat, kekili baru yang berkilat bukanlah kekal sedemikian rupa selepas beberapa trip memancing. Pengilang meletakkan plastic berplat logam berlebihan pada kekili supaya ia kelihatan lebih cantik dan anggun, tetapi masalah hakisannya tetap meningkat. Benda-benda berkilat pada kekili selalunya memerlukan lebih perhatian (seperti menggilap selepas terdedah pada air masin) supaya tidak rosak dan pudar.

  1. Jika tak berfungsi di kedai, ia tidak berfungsi di bot.

Aksi lengan pengarau atau “bail arm” kekili hendaklah positif dan tidak gagal bertindakbalas semasa anda mengujinya berulang kali di kedai pancing. Roda pemandu tali seharusnya berputar bebas dan anda hendaklah mengujinya butang anti-balikannya beberapa kali untuk melihat sama ada ia sentiasa berfungsi atau tidak.

Jika anda tidak pasti dengan fungsi setiap tombol kecil dan system pada kekili, maka tanyalah kepada pekedai. Itulah sebabnya mereka berada di situ dan janganlah baru nak baca kertas keterangannya sesudah pulang. Tiada orang anggap anda bodoh jika bertanya apakah fungsi tombol itu, tetapi bukankah lebih bodah kalau kekili dibawa kembali hanya semata-mata anda tak tahu bagaimana hendak menggunakannya ?

  1. Hakisan, musuh anda.

Lihat segenap ruang atau celahan (gap) terutama antara badan kekili dan di bawah rotor gelendung. Saya pernah melihat kekili yang mempunyai celahan cukup besar yang membolehkan pasir memasukinya (Inilah antara sebab mengapa kita tdak digalakkan membuka komponen kekili untuk memperbaiki semasa pergi memancing).

  1. Nikmatilah bunyinya

Di bawah gelendung kekili mendatar terdapat palam penggera tegangan. Kliker logam kecil inilah yang akan melagukan bunyi yang kita semua suka mendengarnya apabila ikan lari menggila.

Komponen ini serta spring di belakangnya hendaklah jenis logam (plastic tak tahan lama) dan hendaklah diikat dengan skru, bukan klip. Sesetengah pengilang menggunakan klip dan percayalah pada saya, jika ia tercabut walaupun tidak patah, ia tak akan kembali pulih seperti sedia kala. Lama kelamaan anda terpaksa ganti spring atau bersihkan belakang palam, jadi ini hendaklah boleh dicapai dan boleh diganti.

Kesimpulanya, ambillah masa untuk memilih. Cuba karau, mainkannya, lihat dengan teliti dan timbulkan persoalan. Ia mungkin kekili yang hanya berharga RM100, tetapi ia tetap bernilai juga. Justeru, kenalah tahu apa yang anda mahu.

Dipetik dari majalah Sirip Bil : 52

Friday, April 1, 2011

sekilas ikan kembung

kalaulah ku dapat menyeru waktu dulu, ku hias semula ia untuk mu. ni hias pkai ape bro?
kadang2 boring bebeno sesorang kt rumah ni. nk buat mcm mne hidup merantau kn. hampir tiga tahun aku kt sni. mcm2 budaya aku bru tgk. skli sekala memg ingat punye tanjung buloh. nnt aku blik.. bukan 2 aku nk ckp sebenarnye. ermmmm, apa la aku ni...aku nk ko msj aku mlm ni

kembalilah kepadaku.....





Untuk permulaan, aku begitu gembira diberi peluang naik lagi atas benda alah 2. Aku harap aku tidak silap membuat keputusan untuk masuk bertanding lagi. tahun ni aku dapt 2 emas. bukan emas untuk dijual, ini emas sejarah. 400m(56.2 s) lompat tinggi (1.67 m). kedua-dua merupakan rekod terbaikku setakat ni.