Wednesday, October 27, 2010

makna hidup. ungkapan biasa tetapi menyimpan maksud yang luar biasa. apa gunanya sekiranya mempunyai kesenangan dan diselaputi emas ke seluruh badan kalau hidupnya tidak membawa erti kepada diri serta seluruh manusia di sekeliling. Aku bukan lahir dari keluarga yang kaya dari segi harta tapi kaya dengan adik beradik. Fakta ini menjadi inspirasi untuk menjadikan aku permata di muara bukan pasir di pantai. Hidup tidak selalunya indah seperti digambarkan, ungkapan hidup umpama roda merupakan hakikat yang perlu ditempuhi. Makna hidup sebenar perlu aku selami untuk membuktikan aku hidup bukan sebagai watak sampingan dalam pentas kehidupan yang diharungi. Bantulah aku mencari makna hidup yang sebenar.
langkah pertama aku akan cermin diri. Dalam kehidupan harian sering terdapat pujian. pujian yang ada biasanya menjatuhkan diri seseorang secara tidak sedar dan juga terdapat yang menaik moral. Lidah sebenarnya tajam dari pedang. Lidah lembut secara zahirnya tetaoi keres sekerasnya dari besi padu buatan sepatu. Aku lebih berminat mencari makna hidup jika berada di zon tidak selesa. Pensyarah aku sering ingatkan, setiap kesusahan pasti ad kesenangan. ternyata kesusahan saya selama ini memberi banyak pengalaman. Dari dulu aku memang sentiasa mementingkan diri. Setiap ape yg aku lakukan mesti untung keuntungan sendiri.
segalanya bermula dari dorongan rakan yang iklas untuk membantu. Jasamu tidak aku lupa. setiap nasihat dan pandangan telah aku guna untuk melalui sisa kehidupan yg begitu singkat ini. ditambah pula sokongan Lia, aku semakin lega. kehadiran yang tidak dijangka. Kehadirannya ibarat suatu keajaiban telah berlaku. Semoga aku sentiasa ada dalam doanya. Keinginan untuk bersama memang ada. Aku hanya manusia biasa yang lemah. perlu banyak masa untuk mengenali diri sendiri sebelum orang lain. langkah mencermin diri masih belum selesai. Aku akan habiskan secara berperingkat, aku perlu sokongan semua orang, namun siapakah aku untuk meminta-minta. sokongan iklas menjadi azimat sakti membentuk acuan kegemilangan.

Musuh sebenar aku masih ada dalam cermin. orang dalam cermin itulah yang menghalang aku untuk melakukan kebaikan, dia juga sering memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk melaksanakan agenda jahat. Bila aku cuba bangkit, dengan lemah dia memegang tanganku, meminta belas kasihanku. Bilakah dia akan bersatu bersamaku...........

Wednesday, October 20, 2010

hjfsl;kugyeirlyuir

bangun kamal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

.............

bangun la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

..................
Ape yang ko ad sampai lupa dunia????????????????


....................

ckap hebat kne sikit tersadai!!!!!!!!!!!!!!

........................

benda lepas jangan dikenang bro>>rilex saja..

mmmmmmmmmmmmmmmm


yg ni memg salah ko. ko cuai..ko mengaku?

ya.....

lepas ko kne ko tatap begini ke?

tidak....

ko nk ape???

aku nk makna hidup. hari ni aku kne kerana salah lpas. esok aku kne sbb ape aku buat hari ni
aku nk hari ni lebih baik dari sekarang..

nape nmpk down?

aku dh cbe terima, kwn2 asyik sebut je pasal 2

kalau ko xnk dengar ttp la mulut mereka. jangan bergaduh k

kalau boleh dr kelas lg. nk wat cmne. aku boleh terima sbb mmg salah aku. nk aku mnx maaf pn aku buat dah aku yabg salah.

ko tenang dulu..jgn lupa orh lain pn msti penah rasa keadaan ni malah lebih teruk lg. ko beruntung sbb penyarah ko buat begitu sbb dy syg ko, xnk ko gagal..

xmrh pn pensyarah..

ko marah kt sape? kwn2 ke?

xjgk..diorang xslh pn..
dh 2 nk marah sape? ko kne ingat xde soeg pn bleh berjaya klau x berusaha. dalam proses berusaha mst ad rintangan datang. nk x nk ko jgk kne. hikmah mst ad skali ngn ape yg ko rs..
ingat lg 1, hidup adalah perjuangan..ape gne hidup kalau xde makna. umur bru 20 dh cepat marh..so cool man. love u

Sunday, October 17, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

by Ahmad Shanubar Abdul Khalik on Thursday, September 23, 2010 at 11:39am

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)

Top of Form

Bottom of Form

Saturday, October 16, 2010

hikmah aku mengelak dari aktiviti pameran

Tadi aku saje lari dari aktivit yang patut aku hadir. disebabkan xde tempat aku nk lepak aku duduk kt pustaka. ble sbuah buku tentang pengubat hait, aku sedar, segala musibah bukan datang dari bumi, semua datang dari yang maha esa. semua turun dengan kehendaknya. banyak perkara yang begitu terlarang telah aku lakukan.

Aku telah menemui diriku dalam sebuah kisah tentang menangis, antara kisah yang disebut adalah seorang isteri kepada pejuang islam yang syahid pada peperangan uhud. wanita tersebut telah didatangi oelh ramai sahabat lantas dia berkata, "sekinya kamu semua datang untuk menycapkan tahniah aku menerima kedatangan, sekiranya selain dari itu, kamu boleh pulang" (lebih kurang la). kalau kita fikir lgok kal, wajar ke kita ucap tahniah kepada keluarga ynag syahid. msti ramai yang xstju, ingatlah semua yang ada di dunia ini adalah hiasan semata-mata. malah cinta kepada Allah SWT adalh yang terbaik. ingatlah ' semuanya datang dari Allah, dan kepadanya kita kembali. kurniakanlah pahala dengan musibah yang diberi. Gantikalah yang lebih baik daripadanya melainkan Allah memberi pahala kapadanya' .


Dalam kisah lain jga telah menyebut, seorang laki-laki telah diuji dengan kematian anaknya. setelah dikebumikan, beluau tampil di khalayak dengan baju yang cantik dan memakai wangian yang harum. kaumnya telah memarahinya dengan penampilanya itu alau biliau menjawab. Semuanyanya itu hanyala hiasan dunia, hanya Allah cinta yang kekal selamanya.semuannyaadalh Milik Allah SWT. apabila kita ditimpa musibah, pohanlah suapaya kiat akan mendapat perkara yang lebih baik dapadanya.


seorang sahabat juga berdoa supaya anak lelakinya mati. hal ini kerana anak lelaki yang meninggal sebelum baligh akan datang memberikan mereka minuman ketika kita dihimpunkan dalam keadaan yang panas kelak. dalam umur sekarang sudah pasti bukandari golongan belum baligh. tadak mampu aku jadi seperti. aku akan menolong ibubapaku sengan cara yng lain.


ingatla, dunia merupakan penjara kepda yang beriman dan syurga kepada kafir. kesusahan yang dilalui di dunia merupakan kesengan di akhiran dan kesenangan di dunia merupakan kewsusahan di akhiarat. memg sukar untuk menerangkan hal ini kerana aku bukan golongan ahli kitab. dalam buku tersebut memberi banayak contoh yang jelas antaranya, melakukan perkara yng dilarang. Begitu mudah melakukan perkara yang dilarang. melakukan perkara dilarang lansung tidak memerlukan tenaga, usaha, bantuan dan lain. malah melakukan perakar sepertyi meninggalkan solat adalah paling muadah dan tidak perlu dipelajri. Hal ini begitu senang dilakukan di dunia tetapi perlu diingat, adakah ia menyenagkan di akhirat. apabila diambil contah perkara yang susah. apabila kita memohon keredhaan daripadanya, perlu kita meningkatkan usaha, mengobankan banyak masa,tenaga, dan menunjukan kesungguhan. golongan ini akan mendaptkan kesenangan di akhirat.

berbalik kepada kisah menangis, semasa melawat jenazah ibu untuk kali terakhir, mungkin aku merupakan anaknya yang kuat menangis, ini menunjukan keimanan aku yang begitu rendah. baru aku sedar bahawa air mata tidak boleh menolong melainkan menyksakan arwah. bukan menangis supaya ibu dihidupkan semula tetapi tidak mampu menahan. waktu yang diharuskan menangiws adalah sewaktu roh sedang dicabut dari jasad. Junjungan besar juga menagis sewaktu sahabat sedang diambang maut. air mata menunjukan rasa belas kasihan. semua adalah milik Allha, dan kepadanya kita kembali. aku juga sangat berharap semoga perkara ini tidak berulang kepada diriku.

Apabila sesuatu musibah datang, Allah memberikan musibah untuk menutup kelemahan kita. bukan untuk menjatuhkan dan membinasakan kita. Apabila musibah datang, perlulah hadapinya dengan sabar. fikiranlah bagaimana untuk menghadapinya.

aku masih di dunia adalah nikmat ynag begitu berharga daripadanya. semakin lama, peluang untuk kita semakin sempit. setiap hari kita semakin dekat dengan mati. bersedialah untuk menghapinya. laburkanlah perkarta yang baik di dunia untuk faedah di sana. semuanya datang dari Allah dan kepadanya kita kembali.

Thursday, October 14, 2010

tulisan ini hanya sebagai kenangan dari program mengajar di sesebuah sekolah. sebagai ingatan. untuk kamal yang berumur 20 tahun, saya harap teruskan perjuangan dan kuatkan iman,. ingatlah kamal, kata-kata yang selalu kita dengar adalah tentang kesuhahan, kepahitan, halangan yang menggugat iman. untuk mengatasinya, perlu ada sikap yang lemah lembut supaya engkau termotivasi untuk meningkatkan hidup. ingatlah bagaimana kamu berada pada tempat sekarang. jamagam mengasingkan diri untuk lari dari masalah. jika perkara ini berlaku, KAMU SUDAH MATI. Mati lebih awal dari jasad yang hidup



Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Berkisar tentang tugasan ini, sebenarnya ia umpama menyelam sambil minum air. Selain daripada memenuhi tugasan untuk kerja kursus pendek, ia juga memberi manfaat dan pengetahuan kepada saya tentang kaedah untuk mengajar murid- murid khas. Selain itu saya berpeluang mendekati mereka dengan lebih rapat sebelum saya menjadi guru yang bertugas di sesebuah sekolah. Pengalaman ini amat bermakna kepada saya dan akan saya jadikan sebagai kayu ukuran untuk menjadi seorang guru kelak.

Sebagai seorang guru yang pelatih yang akan menjadi guru pada suatu hari nanti pengetahuan yang saya perolehi dari tugasan ini sangat berguna. Ini kerana ia mengajar saya untuk mengenal pasti perbezaan untuk setiap individu dan ini memudahkan saya untuk mengenal pasti serta menyediakan bahan untuk mengajar dengan mudah. Bahan yang saya gunakan mestilah tepat dan menarik perhatian murid. Hal ini menjadikan mereka lebih berminat untuk mengikuti kelas yang akan saya kendalikan nanti.

Selain itu, ia juga tugasan ini memberi saya panduan untuk berhadapan dengan murid-murid khas yang memerlukan kaedah yang istimewa dair murid aliran perdana. Sebagai seorang guru, kualiti dalam pengajaran juga sangat diperlukan. Ia juga mengajar saya tentang kemesraan serta interaksi antara guru dan murid. Setelah membuat tugasan ini, baru saya sedar bahawa guru yang berkualiti bukan sahaja mampu mengajar dengan baik, tetapi mampu membuatkan murid-muridnya selesa dengan lawak jenaka dan perhatiannya.

Selepas menerima tugasan, kami telah diberikan penerangan awal oleh pensyarah kami iaitu Dr. Abdullah Bin Yosoff. Penerangan yang diberikan adalah jelas dan berguna berdasarkan pengalaman beliau yang sudah lama menabur jasa dan keringat dalam memartabatkan bidang Pendidikan Khas sehingga ke hari ini. Keperihatinan beliau dalam bidang ini menarik minat saya untuk meruskan perjuangan yang telah saya tetapakan. Saya juga akan cuba mereaalisasikan impian beliau untuk melahirkan guru yang hebat. Kesungguhan beliau dapat dilihat dari gaya beliau menyampaikan kuliah beliau seperti tidak malu untuk melakonkan aksi kanak-kanak khas semasa memberikan penerangan. Kaedah yang beliau guna memperikan kefahaman kepada kami untuk berhadapan kanak-kanak khas.

Untuk mencari bahan saya telah menghabiskan masa di perpustakaan dan melayari internet. Pelbagai ilmu baru telah saya peroleh berdasarkan pencarian yang saya lakukan sebelum mengadakan lawatan Pengalan Berasas Sekolah ke sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di daerah Kuala Lipis yang merupakan daerah kelahiran saya sendiri. Selain itu saya telah berkongsi maklumat bersama rakan sekelas. Melalui kaedah ini, kami bersama-sama berkongsi maklumat yang penting sebelum megajar murid-murid istimewa. Kami juga sering berbincang untuk menjadikan proses Pengajaran Dan Pengajaran yang akan kami laksanakan bejalan lancar dan memenuhi kehendak tugasan serta dapat member imput berguna kepada murid.

Semasa di sekolah saya juga telah menerima bimbingan seorang guru yang berpengalaman dan antara yang terkemuka di Negeri Pahang yang juga merupakan bekas pelajar Dr. Abdullah bin Yusoff. Sehagian ilmu dan pengalaman telah dikongsi kepada saya. Memandangkan masa yang singkat saya berada di sekoalh berkenaan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut banyak membantu memberi tips-tips yang digunakan untuk mengajar.

Sepanjang mengendalikan kelas PPKI 2, saya telah mempelajari tentang keadilan. Saya begitu terkilan kerana cara saya memilih murid memanggil murid untuk meneka bahan yang yanag akan digunakan mendapat respon yang tidak saya jangkakan.saya berasa begitu bersalah. Walau bagaimanapun saya meneruskan pengajaran tersebut untuk memenuhi RPH yang telah saya tetapkan. Sekiranya saya mengajar mereka kembali, saya akan menjadi lebih adil kepada mereka.

Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih permainan yang bertemakan huruf vokal. Murid hanya perlu membezakan huruf vokal dan konsonan. Saya memilih tema ini kerana tema ini tidak memberikan tekanan kepada murid-murid khas. Selain itu pelaksanaan juga tidak rumit disebabkan pengetauan asal mereka tentang huruf juga telah didedahkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman mengajar saya berharap pengajaran menjadi berkesan. Permainan ini diubahsuai dari permainan boling yang telah dimainkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap botol yang telah diisi air telah ditampal huruf vokal. Murid yang yang menjatuhkan botol perlu meneka huruf yang dijatuhkan. Oleh itu pengamatan mereka akan digunakan. Mereka juga menjadi ahli aktif dalam setiap kumpulan dan hal ini bersesuaian dengan prinsip yang terdapat dalam permainan bahasa.

Selepas saya mengajar KKPI 2, murid dari kumpulan lain juga berminat untuk bermain permainan bahasa yamg telah saya jalankan. Oleh kerana masa yang singkat di sekolah saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Mereka kelihatan kacewa dan keadaan menjadi pulih apabila saya memujuk mereka. Saya juga membiarkan mereka menyentuh bahan yang telah saya gunakan dan menggunakannya. Dengan cara ini mereka menjadi sedikit reda.

Terdapat pelbagai masalah yang telah saya hadapi sepanjang melaksana antaranya ialah masa yang singkat. Masa yang singkat di sekolah menyebabkan saya terikat dengan jadual yang telah saya bina. Sepanjang berada di sekolah saya juga melaksanakan tugasan untuk subjek lain. Selain itu juga, saya mengalami masalah untuk mencari bahan yang berkaitan dengan permainan bahasa. Sumber rujukan yang terhad menyebabkan bahan yang diperoleh hamper sama oleh semua ahli kelas. Kebanyakan bahan yang berkaitan permainan bahasa terlalu umum dan terlalu sedikit isi kandungannya.

Selain itu juga saya menghadpi masalah kewangan di awal lawatan. Saya telah meminta bantuan bapa kerana jarak yang jauh dari rumah ke sekolah memerlukan kos yang tinggi dari biasa. Saya pergi ke sekolah seawall jam 6.30 pagi. Sepanjang berada di IPG saya tidak pernah pergi ke IPG seawall jam 6.30. pagi. Ini memberikan pangalaman dan cabaran kepada saya.

Semasa menjalankan pengajaran mikro, saya berasa begitu seronok kerana saya diberi peluang untuk mengajar buat pertama kalinya. Sya begitu berharap dapan mangajar semula pada semester akan datang. Keramahan murid dan guru membuatkan saya begitu berat hati untuk meninggalkan sekolah berkenaan.