Wednesday, October 27, 2010

makna hidup. ungkapan biasa tetapi menyimpan maksud yang luar biasa. apa gunanya sekiranya mempunyai kesenangan dan diselaputi emas ke seluruh badan kalau hidupnya tidak membawa erti kepada diri serta seluruh manusia di sekeliling. Aku bukan lahir dari keluarga yang kaya dari segi harta tapi kaya dengan adik beradik. Fakta ini menjadi inspirasi untuk menjadikan aku permata di muara bukan pasir di pantai. Hidup tidak selalunya indah seperti digambarkan, ungkapan hidup umpama roda merupakan hakikat yang perlu ditempuhi. Makna hidup sebenar perlu aku selami untuk membuktikan aku hidup bukan sebagai watak sampingan dalam pentas kehidupan yang diharungi. Bantulah aku mencari makna hidup yang sebenar.
langkah pertama aku akan cermin diri. Dalam kehidupan harian sering terdapat pujian. pujian yang ada biasanya menjatuhkan diri seseorang secara tidak sedar dan juga terdapat yang menaik moral. Lidah sebenarnya tajam dari pedang. Lidah lembut secara zahirnya tetaoi keres sekerasnya dari besi padu buatan sepatu. Aku lebih berminat mencari makna hidup jika berada di zon tidak selesa. Pensyarah aku sering ingatkan, setiap kesusahan pasti ad kesenangan. ternyata kesusahan saya selama ini memberi banyak pengalaman. Dari dulu aku memang sentiasa mementingkan diri. Setiap ape yg aku lakukan mesti untung keuntungan sendiri.
segalanya bermula dari dorongan rakan yang iklas untuk membantu. Jasamu tidak aku lupa. setiap nasihat dan pandangan telah aku guna untuk melalui sisa kehidupan yg begitu singkat ini. ditambah pula sokongan Lia, aku semakin lega. kehadiran yang tidak dijangka. Kehadirannya ibarat suatu keajaiban telah berlaku. Semoga aku sentiasa ada dalam doanya. Keinginan untuk bersama memang ada. Aku hanya manusia biasa yang lemah. perlu banyak masa untuk mengenali diri sendiri sebelum orang lain. langkah mencermin diri masih belum selesai. Aku akan habiskan secara berperingkat, aku perlu sokongan semua orang, namun siapakah aku untuk meminta-minta. sokongan iklas menjadi azimat sakti membentuk acuan kegemilangan.

Musuh sebenar aku masih ada dalam cermin. orang dalam cermin itulah yang menghalang aku untuk melakukan kebaikan, dia juga sering memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk melaksanakan agenda jahat. Bila aku cuba bangkit, dengan lemah dia memegang tanganku, meminta belas kasihanku. Bilakah dia akan bersatu bersamaku...........

No comments:

Post a Comment