Thursday, October 14, 2010

tulisan ini hanya sebagai kenangan dari program mengajar di sesebuah sekolah. sebagai ingatan. untuk kamal yang berumur 20 tahun, saya harap teruskan perjuangan dan kuatkan iman,. ingatlah kamal, kata-kata yang selalu kita dengar adalah tentang kesuhahan, kepahitan, halangan yang menggugat iman. untuk mengatasinya, perlu ada sikap yang lemah lembut supaya engkau termotivasi untuk meningkatkan hidup. ingatlah bagaimana kamu berada pada tempat sekarang. jamagam mengasingkan diri untuk lari dari masalah. jika perkara ini berlaku, KAMU SUDAH MATI. Mati lebih awal dari jasad yang hidup



Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Berkisar tentang tugasan ini, sebenarnya ia umpama menyelam sambil minum air. Selain daripada memenuhi tugasan untuk kerja kursus pendek, ia juga memberi manfaat dan pengetahuan kepada saya tentang kaedah untuk mengajar murid- murid khas. Selain itu saya berpeluang mendekati mereka dengan lebih rapat sebelum saya menjadi guru yang bertugas di sesebuah sekolah. Pengalaman ini amat bermakna kepada saya dan akan saya jadikan sebagai kayu ukuran untuk menjadi seorang guru kelak.

Sebagai seorang guru yang pelatih yang akan menjadi guru pada suatu hari nanti pengetahuan yang saya perolehi dari tugasan ini sangat berguna. Ini kerana ia mengajar saya untuk mengenal pasti perbezaan untuk setiap individu dan ini memudahkan saya untuk mengenal pasti serta menyediakan bahan untuk mengajar dengan mudah. Bahan yang saya gunakan mestilah tepat dan menarik perhatian murid. Hal ini menjadikan mereka lebih berminat untuk mengikuti kelas yang akan saya kendalikan nanti.

Selain itu, ia juga tugasan ini memberi saya panduan untuk berhadapan dengan murid-murid khas yang memerlukan kaedah yang istimewa dair murid aliran perdana. Sebagai seorang guru, kualiti dalam pengajaran juga sangat diperlukan. Ia juga mengajar saya tentang kemesraan serta interaksi antara guru dan murid. Setelah membuat tugasan ini, baru saya sedar bahawa guru yang berkualiti bukan sahaja mampu mengajar dengan baik, tetapi mampu membuatkan murid-muridnya selesa dengan lawak jenaka dan perhatiannya.

Selepas menerima tugasan, kami telah diberikan penerangan awal oleh pensyarah kami iaitu Dr. Abdullah Bin Yosoff. Penerangan yang diberikan adalah jelas dan berguna berdasarkan pengalaman beliau yang sudah lama menabur jasa dan keringat dalam memartabatkan bidang Pendidikan Khas sehingga ke hari ini. Keperihatinan beliau dalam bidang ini menarik minat saya untuk meruskan perjuangan yang telah saya tetapakan. Saya juga akan cuba mereaalisasikan impian beliau untuk melahirkan guru yang hebat. Kesungguhan beliau dapat dilihat dari gaya beliau menyampaikan kuliah beliau seperti tidak malu untuk melakonkan aksi kanak-kanak khas semasa memberikan penerangan. Kaedah yang beliau guna memperikan kefahaman kepada kami untuk berhadapan kanak-kanak khas.

Untuk mencari bahan saya telah menghabiskan masa di perpustakaan dan melayari internet. Pelbagai ilmu baru telah saya peroleh berdasarkan pencarian yang saya lakukan sebelum mengadakan lawatan Pengalan Berasas Sekolah ke sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di daerah Kuala Lipis yang merupakan daerah kelahiran saya sendiri. Selain itu saya telah berkongsi maklumat bersama rakan sekelas. Melalui kaedah ini, kami bersama-sama berkongsi maklumat yang penting sebelum megajar murid-murid istimewa. Kami juga sering berbincang untuk menjadikan proses Pengajaran Dan Pengajaran yang akan kami laksanakan bejalan lancar dan memenuhi kehendak tugasan serta dapat member imput berguna kepada murid.

Semasa di sekolah saya juga telah menerima bimbingan seorang guru yang berpengalaman dan antara yang terkemuka di Negeri Pahang yang juga merupakan bekas pelajar Dr. Abdullah bin Yusoff. Sehagian ilmu dan pengalaman telah dikongsi kepada saya. Memandangkan masa yang singkat saya berada di sekoalh berkenaan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut banyak membantu memberi tips-tips yang digunakan untuk mengajar.

Sepanjang mengendalikan kelas PPKI 2, saya telah mempelajari tentang keadilan. Saya begitu terkilan kerana cara saya memilih murid memanggil murid untuk meneka bahan yang yanag akan digunakan mendapat respon yang tidak saya jangkakan.saya berasa begitu bersalah. Walau bagaimanapun saya meneruskan pengajaran tersebut untuk memenuhi RPH yang telah saya tetapkan. Sekiranya saya mengajar mereka kembali, saya akan menjadi lebih adil kepada mereka.

Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih permainan yang bertemakan huruf vokal. Murid hanya perlu membezakan huruf vokal dan konsonan. Saya memilih tema ini kerana tema ini tidak memberikan tekanan kepada murid-murid khas. Selain itu pelaksanaan juga tidak rumit disebabkan pengetauan asal mereka tentang huruf juga telah didedahkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman mengajar saya berharap pengajaran menjadi berkesan. Permainan ini diubahsuai dari permainan boling yang telah dimainkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap botol yang telah diisi air telah ditampal huruf vokal. Murid yang yang menjatuhkan botol perlu meneka huruf yang dijatuhkan. Oleh itu pengamatan mereka akan digunakan. Mereka juga menjadi ahli aktif dalam setiap kumpulan dan hal ini bersesuaian dengan prinsip yang terdapat dalam permainan bahasa.

Selepas saya mengajar KKPI 2, murid dari kumpulan lain juga berminat untuk bermain permainan bahasa yamg telah saya jalankan. Oleh kerana masa yang singkat di sekolah saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Mereka kelihatan kacewa dan keadaan menjadi pulih apabila saya memujuk mereka. Saya juga membiarkan mereka menyentuh bahan yang telah saya gunakan dan menggunakannya. Dengan cara ini mereka menjadi sedikit reda.

Terdapat pelbagai masalah yang telah saya hadapi sepanjang melaksana antaranya ialah masa yang singkat. Masa yang singkat di sekolah menyebabkan saya terikat dengan jadual yang telah saya bina. Sepanjang berada di sekolah saya juga melaksanakan tugasan untuk subjek lain. Selain itu juga, saya mengalami masalah untuk mencari bahan yang berkaitan dengan permainan bahasa. Sumber rujukan yang terhad menyebabkan bahan yang diperoleh hamper sama oleh semua ahli kelas. Kebanyakan bahan yang berkaitan permainan bahasa terlalu umum dan terlalu sedikit isi kandungannya.

Selain itu juga saya menghadpi masalah kewangan di awal lawatan. Saya telah meminta bantuan bapa kerana jarak yang jauh dari rumah ke sekolah memerlukan kos yang tinggi dari biasa. Saya pergi ke sekolah seawall jam 6.30 pagi. Sepanjang berada di IPG saya tidak pernah pergi ke IPG seawall jam 6.30. pagi. Ini memberikan pangalaman dan cabaran kepada saya.

Semasa menjalankan pengajaran mikro, saya berasa begitu seronok kerana saya diberi peluang untuk mengajar buat pertama kalinya. Sya begitu berharap dapan mangajar semula pada semester akan datang. Keramahan murid dan guru membuatkan saya begitu berat hati untuk meninggalkan sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment