MENJADIKAN DIRI LEBIH KUAT SUPAYA MASYARAKAT MENYEDARI DIRI INI PERNAH WUJUD..WEDA N KAMAL,,,,,
Saturday, April 30, 2011
e....fu
Friday, April 29, 2011
bila belajar bg org nme.. perh!!!!
aku terbaik

org ckp aku biak, aku tampar. aku jahat la mangkuk.
Wednesday, April 27, 2011
aku xbaik

sy bukan lelaki baik, awk kutip sy,
bertemu org gila...
Saturday, April 16, 2011
unpan terbaik nk main ikan
Umpan Pancing

Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.
A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.
1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )
B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.
1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )
C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .
1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )
D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.
1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawatserta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan mendapat rezeki yang baik dan selamat.
Umpan Ikan Air Tawar

Masalah yang kerap dialami kebanyakan pemancing di kolam ialah keberkesanan umpan untuk menjerat ikan terberat untuk menjuarai pertandingan. Memang tidak dinafikan hadiah yang ditawarkan semakin meningkat untuk menarik ramai kaki pancing.
Di kolam air tawar, patin dan tongsan biasanya mendahului kedudukan ikan paling berat kerana saiz dan fizikal ikan itu adalah besar. Ketika ini, penulis tidak berani untuk memberitahu umpan khusus paling mujarab kerana ada pelbagai jenama dedak dan ramuan rahsia pemancing sendiri. Semua umpan ini digemari ikan dan berjaya menawan pelbagai saiz ikan berkenaan.
Jadi sukar mencadangkan jenama dedak yang digunakan kerana cita rasa ikan saling berbeza. Terbaru, penulis dapati ‘dedak hong’ dan dedak dinding merah menjadi pilihan. Ia diadun dengan perisa vanila, pandan, coklat dan kelapa.
Ada juga berbau seperti ramuan cacing atau cendawan yang dijual dalam bekas botol kecil.
Jadi, jika ditinjau umpan ini jelas baunya juga memainkan peranan penting selain saiz gumpalan dedak yang perlu dipasang pada mata kail. Selain itu, adunan mesti pejal dan tidak mudah terurai ketika dilontar serta tahan lebih lama dalam air selain mampu mengeluarkan bau bagi menarik perhatian ikan.
Bagi penulis, yang penting ialah kita cuba membuat penilaian sendiri kerana ramai pemancing enggan berkongsi info dan rahsia umpan mereka. Bila diuji ramuan mana yang membuka selera ikan, kita boleh membuat pilihan terbaik.
Belajar daripada pengalaman adalah sumber ilmu yang tidak ternilai manakala berguru dengan pemancing handal adalah ilmu terbaik, membaca sumber rujukan seperti bahan bacaan pula adalah ilmu teras, melihat dan meniru pemancing lain pula ilmu yang tidak salah diikuti. Manakala dibantu oleh alatan terkini pula adalah ilmu sampingan yang perlu dipelajari.